LENGGONG: Umno semakin terdesak untuk memenangi PRU13, sehingga terpaksa menggunakan senjata fitnah bagi mencipta dan menimbulkan suasana huru-hara dengan menyebarkan cerita yang tidak benar sama-sekali di daerah ini melalui laman sosial Facebook.
Begitulah amalan Umno yang lebih sinonim dengan jolokan di beri oleh Tun Mahathir sebagai, 'syaitan di kenali' yang akan terus mengelirukan manusia dulu-kini-selamanya, kerana cuba mencetuskan suasana tidak aman khususnya di daerah ini .
Mungkin pada fikiran mereka, fitnah sebegitu akan memberikan kelebihan kepada Umno menang pada pilihanraya umum nanti. Berkemungkinan juga, mereka cuba menarik minat remaja bawah umur yang tidak boleh mengundi di rekrut menjadi samseng Umno pada PRU nanti disebabkan jumlah 500 orang pemuda Umno yang ada itu, masih belum cukup untuk menyaingi jentera PRU Pas Lenggong pada masa ini.
Jika begitulah pemikiran yang ada di dalam Umno, besar kemungkinan mereka sedang mencipta dan merencanakan suasana keadaan yang tidak aman di sepanjang tempoh menghadapi pilihanraya umum kali ini.
Sekiranya andaian ini benar-benar berlaku, maka Pas dan pihak berkuasa tidak perlu lagi menunggu lama untuk menyiasat dan mengenalpasti punca atau dalang di sebalik sebarang kejadian yang tidak di ingini itu daripada berlaku.
Lebih tepat lagi, Umno haruslah di persalahkan kerana mereka telah memberikan ruang kepada pimpinan di semua peringkat menjadikan fitnah sebagi senjata dan gagal mendidik ahli mereka supaya menjaga adab, serta tata susila yang dapat menjamin keselamatan rakyat dan keamanan Negara daripada budaya samseng seperti di gambarkan oleh Umno ketika ini.
0 comments:
Post a Comment