Sunday, March 17, 2013

Pas Anjur Solat Hajat Doakan Keselamatan Negara dan Rakyat.

Lenggong: 14 Mac - Pas Kawasan Anjurkan majlis solat hajat memohon pertolongan Allah agar Negara ini aman daripada sebarang bencana dan mendoakan rakyat di selamatkan daripada sebarang keganasan serta kezaliman seperti yang sedang berlaku dalam Negara akhir-akhir ini.

Kira-kira 250 muslimin dan muslimat hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, seterusnya  melangsungkan solat hajat  di dataran Lawin, yang  di pimpin oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ust. Ibrahim Zakaria.

Sementara itu, hj Razman berkata, penganjuran solat hajat ini mengajak semua umat islam bersatu di bawah payung islam, serta menghayati kebergantungan kita dengan Allah di dalam menghadapi sebarang kemungkinan disetiap keadaan dan situasi.

Tambah hj Razman, peristiwa di Lahad Datu, Sabah, merupakan tragedi berulang sepertimana yang telah berlaku di Memali dan Bukit Jenalik, Sauk suatu masa dulu. Majlis di adakan ini turut mendoakan para syahid dan syuhada yang telah terkorban dalm peristiwa berdarah itu.

Sejurus selesai solat isyak, ceramah umum turut diadakan di dataran hj Zul, di lokasi yang berdekatan dengan menampilkan Ust. Mohd Asri Zainal Abidin Ajk Dewan Ulamak PAS Pusat,  sebagai penceramah utama  ust. Ibrahim Zakaria serta tn hj Razman Zakaria.

Ust. Mohd Asri dalam ucapan ceramah beliau menjelaskan, PRU 13 ini merupakan pilihanraya paling getir bagi Umno Bn. Kerana angka 13,sering di percayai oleh Umno Bn sebagai angka yang tidak memberi kelebihan kepada mereka.

Jelas ust Mohd Asri, Sebenarnya di dalam islam, angka 13 tidaklah memberikan apa-apa kemudaratan atau kebimbangan kepada seluruh umat islam. Malah, lebih memberi kekuatan iman jika di lihat dari perspektif islam menurut sejarah peperangan dunia islam yang menyaksikan angka 13 lebih berpihak kepada kemenangan islam.

Umno  Bn tidak perlu terikut-ikut teori barat yang mempercayai angka 13, sebagai angka membawa malapetaka. Sebaliknya, malapetaka yang jelas sudah berlaku, rakyat pada hari ini telah menyaksikan peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah, angkara memberi kad pengenalan kepada warga asing seperti pengakuan Tun Mahathir baru-baru ini.

Jelas ust. Mohd Asri. Ust. Ibrahim Zakaria, dalam ucapan ceramah beliau menyeru semua masyarakat pengundi di Lenggong, supaya memilih tn Hj Razman sebagai wakil mereka yang akan membawa suara masyarakat di sini kedalam dewan Parlimen.

Kredibiliti yang ada pada hj Razman yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan, di percayai dapat membawa perubahan ekonomi dan kemajuan rakyat yang selari dengan kehendak agama khususnya untuk di nikmati oleh masyarakat di sini.

0 comments:

Advertise