Friday, March 22, 2013

Pemuda PAS cadang Anwar tanding di Lumut

IPOH: Pemuda PAS Perak mencadangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut jika pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) itu benar-benar mahu ke Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Anwar sebagai calon kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, kesudian Anwar untuk bertanding kerusi di Perak amat tepat pada masanya dan sememangnya dinantikan rakyat Perak.

“Kami cadangkan agar Datuk Seri Anwar bertanding di kerusi Parlimen Lumut kerana pada masa yang sama, ia melibatkan Dun Pangkor, Pasir Panjang dan Setiawan.

“Umum mengetahui kerusi Dun Pangkor kini disandang oleh bekas ‘orang kuat’ Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang pernah bersama Datuk Seri Anwar, iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Ahmad Iskandar berkata, pihaknya bersama-sama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan DAP Social Youth (Dapsy) Perak akan membantu Anwar menggerakkan jentera Pemuda PR untuk memastikan sokongan anak muda khasnya kepada PR.

Jelasnya, PR Perak yakin anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut akan turut memberikan sokongan kepada Anwar jika beliau bertanding di kerusi berkenaan.

“Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke dalam politik Perak sebagai satu nukleus penting kebangkitan rakyat Negeri Perak setelah ‘rampasan kuasa jahat’ oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu.

“Dalam masa yang sama, kehadiran Anwar dilihat dapat mengembalikan ‘kuasa rakyat’ untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak,” tambah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

1 comments:

Kena mintak Anwar utarakan kes lift TLDM yang jatuh terhempas.

Bagaimanna pihak TLDM tak sambung kontrak servis dengan pihak Otis Elevator. Lepas kejadian baru cepat cepat sign kontrak baru.

Satu pengkalan TLDM lift tak diservis. Semua tak berfungsi dengan betul. Budak navy mana berani bising. Nanti kena buat toilet duty 6 bulan.

Advertise