Friday, March 22, 2013

PR Perak alu-alukan Anwar ke Perak

IPOH – Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak dan merasakan keputusan itu secar tidak langsung membuatkan Barisan Nasional (BN) Perak lebih tergugat dalam mempertahankan negeri ini.

Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, kedudukan Anwar sebagai ketua umum membolehkan beliau membuat pilihan kawasan yang akan ditandingi

“Kehadiran Anwar di Perak bakal memberi suntikan dan melonjakkan lagi semangat perjuangan PR Perak untuk mengambil alih pentadbiran di negeri ini yang dirampas oleh Umno.

“PAS Perak akan beri sokongan padu demi kemenangan selesa kepada PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Muhaimin berkata, PAS Perak yakin Anwar pasti akan diterima rakyat walau di mana sahaja beliau bertanding.

0 comments:

Advertise