Friday, March 22, 2013

6 Pos Pemuda PAS dilancar


BUKIT GANTANG: 6 Pos Pemuda PAS di Parlimen Bukit Gantang telah dilancar serentak bagi menghadapi PRU13 nanti.

Ke semua pos pemuda iaitu di Kg Changkat Ibol. Kg Paya,Kg Cheh, Kg Jelutong, Taman Kaya dan Taman MewaH itu dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad baru-baru ini.

Dengan pelancaran ini, gerak kerja jentera pemuda lebih tersusun dalam misi mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang serta menawan Dun Trong.

Semangat pemuda untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya menjadi dorongan untuk mereka mewujudkan pos tersebut dengan inisiatif dan modal mereka sendiri.

Ustaz Idris berkata, kewujudan pos pemuda ini akan merancakkan lagi gerak kerja pemuda terutama dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menjelaskan, peranan anak muda sangat penting dalam pilihanraya kali ini dan kemungkinan akan menjadi penentu ‘hidup mati’ Umno-BN.

Tegasnya, Pemuda PAS berbeza dengan Pemuda Umno kerana mereka hanya akan melakukan gerak kerja jika diberi habuan.

“Pemuda PAS tidak memikirkan ganjaran yang diterima tetapi dengan niat untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia.


“Saya ucapkan tahniah kepada pemuda PAS dengan semangat dan komitmen mereka untuk membantu dan memberi jasa kepada perjuangan PAS,” jelas anak jati Bukit Gantang itu.


0 comments:

Advertise