IPOH:Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak menerima maklum balas masyarakat diseluruh negeri itu yang merasa kesal berikutan pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung dipenuhi dengan bendera Umno dan BN
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, BN khususnya Umno ketika ini giat ‘menghias’ pejabat penghulu dan ketua kampung untuk dijadikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN.
Kata Salman, sepatutnya pejabat penghulu dan ketua kampung bukannya tempat awam yang boleh dijadikan seperti bilik gerakan politik dan perkara tersebut perlu dibantah sama sekali.
“Kami melihat usaha tersebut adalah sikap terdesak BN di Perak khususnya bagi menjadikan tempat-tempat awam seperti pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung yang sering menjadi tumpuan masyarakat telah disalah gunakan.
“Kami bimbang usaha tidak sihat ini akan meruntuhkan institusi-institusi masyarakat yang rela dijadikan alat untuk dipolitikkan,” katanya kepada Harakah 12 Mac lalu.
Tegasnya, kami mendesak agar pihak-pihak yang berwajib termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil langkah pencegahan.
Beliau menjelaskan, SPR perlu bertindak kerana BN sekali lagi telah menyalahgunakan tempat-tempat awam.
“Sebelum ini BN telah menjadikan dewan orang ramai atau balai raya sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan menjadikan pentas penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dewan-dewan yang dipenuhi dengan bendera-bendera BN.
“Sehingga kini, SPR masih belum membuat apa-apa kenyataan balas atas isu yang dibangkitkan ini dan sikap berdiam diri SPR ini amat dikesali,” tegasnya lagi.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
1 comments:
Jika ada gambar, kan bagus
Post a Comment