Monday, March 18, 2013

Kerajaan Perak tak rasa bersalah buat program lagho

IPOH: PAS Negeri Perak sangat kesal dengan penganjuran Program 1 Million Women Purple Walk 2013 Peringkat Negeri Perak tidak mengendahkan dan menghormati tragedi di Lahat Datu, Sabah yang telah meragut nyawa anggota keselamatan negara baru-baru ini.


Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, keputusan Kerajaan Negeri yang tetap untuk meneruskan pengisian hiburan di dalam program tersebut dengan kehadiran artis, Farhan AF4 di Padang Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh semalam sangat mengecewakan.

“Kami merasa kesal Dengan ketidak prihatinan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dimana beliau adalah tetamu utama program tersebut.

“ Tidakkah beliau merasa sensitif di atas apa yang berlaku di Lahat Datu?,” soal beliau dalam satu kenyataan.

Ustaz Nuri mempersoalkan adakah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak menegur Datuk Seri Zambry.

Belau juga hairan apakah peranan penasihat agama Zambry iaitu Sudahkah Najmuddin Elias dalam isu-isu berkaitan sensitiviti ini.

“Kenapakah Datuk Seri Zambry tidak mengambil pengajaran daripada Tan Sri Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali, bekas Menteri Besar Perak semasa kejadian tsunami pada tahun 2004 dahulu.

“Alangkah eloknya jika pengisian berbentuk hiburan di dalam program tersebut boleh digantikan dengan ceramah oleh Muhammad Kazim Elias seorang tokoh Agama  walaupun dia lebih cenderung pada BN,” ujar beliau lagi.

Katanya, program besar tersebut yang dikendalikan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak sudah tentu di bawah pengetahuan Zambry.

Ianya juga katanya dikendalikan oleh Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimana menterinya adalah Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak yang juga Perdana Menteri.

“Kami pelik pengisian hiburan program yang dianjurkan seumpama ini masih boleh terus diadakan tanpa sikap perihatin dan timbang rasa kepada ahli keluarga wira negara yang telah terkorban baru-baru ini di Lahat Datu,” tegasnya. 

0 comments:

Advertise