Thursday, March 7, 2013

Karnival Mini PeraKite dekatkan PAS dengan masyarakat




 Hasrul Qoorata

BUKIT GANTANG: Buat julung kalinya PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Sepetang menganjurkan Karnival Mini Perakite.

Program yang bermula seawal pagi itu telah diadakan di Pos Pemuda PAS kampung Changkat Ibol Bukit Gantang baru-baru ini dan dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Program santai kemasyarakatan itu telah menggamit kehadiran penduduk setempat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai program menarik telah diadakan dan yang paling mencuri tumpuan ialah pertandingan futsal disertai oleh 25 pasukan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 kepada pemenang.
Masyarakat yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan secara percuma.

Acara sukaneka rakyat yang disertai kaum wanita dan kanak-kanak telah menggamatkan suasana memperlihatkan kejayaan PAS merapatkan ukhwah antara masyarakat.

Ustaz Idris berkata, program tersebut ternyata menarik masyarakat untuk mendekatkan diri dengan program-program yang dianjurkan PAS.
Menurut anak jati Bukit Gantang itu, melalui program tersebut, PAS boleh mengambil peluang untuk mendidik masyarakat tentang nilai-nilai kemasyarakatan seperti yang diajar dalam Islam.

Program tidak sarat dengan politik ini juga katanya sangat disenangi masyarakat terutama golongan atas pagar.

“Saya berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat dan sudah pasti program seperti ini akan diteruskan untuk kita dekatkan diri dengan masyarakat marhaen,” katanya lagi.

0 comments:

Advertise