Wednesday, March 6, 2013

Zambry Abd Kadir memutar belitkan kenyataan - Ngeh Koo Ham

BERUAS - Ahli Parlimen Beruas, merangkap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memutar belitkan kenyataan yang ditulis dalam laman twitternya baru-baru ini.

Menurutnya, kenyataan itu sebenarnya mengkritik sikap Barisan Nasional (BN) yang menganggap masyarakat India boleh dibeli dengan wang ringgit dan makanan.

“Kenyataan saya diputarbelitkan. Sedangkan saya buat kenyataan dalam twitter mengatakan BN yang menganggap masyarakat India mudah dibeli dengan wang dan makanan untuk meraih undi,” katanya.

Beliau berkata, dua hari lalu Penyelaras Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn mengadakan jamuan makan malam di sebuah restoran di Pantai Remis dengan menjemput kepimpinan masyarakat India di kawasan berkenaan.

“Pada majlis itu, kepimpinan masyarakat India diberikan wang RM300 dan sebilangan mereka datang berjumpa saya menyatakan BN menganggap masyarakat India boleh dibeli dengan wang. Perkara itu menggores hati mereka,” katanya. - SinarHarian

3 comments:

Wow, superb weblog structure! Нoω long have yοu been blogging for?
you make blogging loοk еаsy. The
entirе looκ of your sitе is magnificent, let alone
the content materiаl!

Have a look at mу web-ѕіte :: payday loans

Yes! Finally sоmeone writes abοut kеyword.


Feel free to ѵisit my web sitе :: payday loans

Ηi, аfteг reading this amаzing pаragraph
i am also chеerful to shaге my know-how here ωіth friends.


Fеel fгeе to νisit my web ѕite; payday loans

Advertise