Friday, March 8, 2013

Kerajaan BN Perak banyak penyelewengan


PAKATAN  RAKYAT HARAPAN RAKYAT : MANTAN MB PERAK ITU DAKWA DAN BUKTIKAN BANYAK PENYELEWENGAN OLEH UMNO/ BN

Mengingatkan bahawa rakyat perlu berani mengubah kerajaan yang sedia ada ini dengan mengundi Pakatan Rakyat  dalam PRU 13 nanti

BAGAN DATOH : Bukan mahu membalas dendam apa yang telah mereka lakukan. Kita tidak berdendam terhadap Umno/ BN tetapi kita perjuangkan hak rakyat seluruhnya dan menegakkan hukum Islam dan kebenaran di muka bumi ini. Telah banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan demi mempertahankan kuasa di negara ini. Hakikatnya, Umno/ BN adalah pengkhianat utama kepada agama, bangsa dan negara setelah sekian lama mentadbir negara.


Demikian antara kandungan ucapan dan pendedahan oleh YB. Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan mantan Menteri Besar Perak ketika majlis ceramah politik anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh di sini. Beliau yang juga kini merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang menyatakan rakyat semestinya bersifat berani untuk membuat perubahan dengan menukar kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

Menurutnya, terlalu banyak bukti telah menunjukkan bahawa sememangnya Umno/ BN sudah semakin tenat dan menyusahkan rakyat. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengingatkan semula rakyat berkaitan kejahatan Umno/ BN apabila isu merampas kuasa untuk menjadi kerajaan negeri pada tahun 2009. 


" Kerajaan pilihan rakyat ( PR ) telah dinafikan oleh Umno/ BN dengan cara paling kotor dengan melibatkan serta mencemarkan kedaulatan istana di negeri ini. Itulah yang dilakukan oleh Umno/ BN." Ujarnya ketika mengulas isu rampasan kerajaan negeri suatu ketika dahulu.

Umno/ BN juga merupakan pengkhianat bangsa sendiri. Walaupun mereka mendakwa memperjuangkan hak rakyat dan bangsa Melayu namun hakikatnya mereka sendiri yang telah mengadaikan hak bangsa Melayu. Sebagai contoh pemberian tanah rezam Melayu kepada individu dan kroni-kroni tertentu.

Begitulah juga akhlak dan perangai pimpinan Umno/ BN. Sebenarnya mereka ( Umno/ BN ) tidak layak sebagai pemimpin kerana perangainya tidak mengambarkan kebaikan kepada rakyat. Mereka juga menyekat kebebasan kakitangan awam dan kerajaan apabila mereka ini dipaksa untuk menyokong Umno/ BN.

Mohammad Nizar yang juga meruapakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengajak rakyat untuk berubah dengan mengundi Pakatan Rakyat seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan.

0 comments:

Advertise