IPOH: PAS
Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua
7,531 bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN sepertimana yang telah
diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan
baru-baru ini.
Koordinator
Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, ianya berdasarkan
percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai Raya.
“Umum mengetahui banyak dewan orang ramai atau
balai baya ketika ini penuh dengan Bendera Umno dan BN, malah telah dijadikan
PDM bagi BN menjelangnya PRU13 nanti.
“Sedangkan
ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam
digunakan bagi tujuan tertentu sahaja,” katanya.
Setiausaha
Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu berkata, pihaknya melahirkan kekesalan
terhadap penyalahguanaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik.
“Pihak kami berharap pihak bertanggungjawab melakukan pencegahan terhadap
penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik.
“PAS berharap SPRM
turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut,”
tegas Salman.
Jelasnya, ianya
jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk
kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik.
0 comments:
Post a Comment