LUMUT
: “Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala
dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap
sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif
dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di
sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.
Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin,
38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke
tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang
dijalankan secara sambilan.
Rafie berkata, lif di pangsapuri
itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat
itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu
sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman
ini,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri
membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang
tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
Menurutnya,
beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera
menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan
dari dalam lif berkenaan.
“Ketika itu, isteri tidak sedarkan
diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan
rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan
kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15, Sabtu lalu,” katanya.
Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Posted in:
1 comments:
Cerita sebenar pihak TLDM tak renew kontrak servis lif tu. Bila dah terjadi cepat cepat sign kontrak 3 hari kemudian.
Pihak Otis Elevator ada bukti.
Kalau berani bawak pihak Otis Elevator ke mahkamah.
Post a Comment