Wednesday, February 6, 2013

Sokongan peneroka semakin meningkat



IPOH: PAS Perak menegaskan bahawa sokongan daripada peneroka Felda dan Felcra di negeri itu semakin meningkat.

Timbalan Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, peneroka kini mendapat maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak lagi hanya mempercayai daripada satu pihak.

Menurutnya, peneroka mengambil sikap tidak menzahirkan sokongan mereka kerana tidak mahu menerima tekanan daripada BN dan pengurusan Felda serta Felcra.

Katanya, BN sudah terdesak apabila menggunakan kekerasan dan budaya samseng untuk menyekat kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat ke kawasan Felda dan Felcra untuk memberi maklumat kepada peneroka.

“Walaupun Umno cuba menyekat penyebaran maklumat secara tradisional seperti ceramah dan edaran dengan risalah namun peneroka sudah berfikiran terbuka dan mengambil maklumat daripada sumber lain,” katanya.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri itu menjelaskan, Doktrin Umno kepada kepada peneroka sudah tiada kesan besar apabila peneroka sudah mula membuka mata dan melihat kekejaman BN kepada mereka.

Katanya, peneroka mula faham tentang  tawaran Pakatan Rakyat kepada mereka antaranya tawaran 100 hari  di mana 800 000 ekar tanah Felda Plantation akan diserahkan kepada peneroka sekiranya diberi mandat untuk memerintah.

“80 000 rakyat tidak bertanah boleh mendapat faedah daripada ini dan peneroka telah nampak bahawa Umno telah mengadai tanah tersebut selama 99 tahun kepada Felda Global Venture (FGV).
“Mereka juga mula faham bahawa sekiranya Umno tidak ditumbangkan, penindasan Umno kepada rakyat khususnya peneroka semakin rakus.

“Peneroka yakin Pakatan Rakyat akan berjaya memberi kesejahteraan kepada mereka,” tegas Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) itu.

Dalam perkembangan lain, Yang Dipertua PAS Lenggong itu berkata, PAS optimis akan menawan Lenggong dalam PRU13 nanti.

Menurutnya, rakyat di Lenggong semakin membuka mata dan mula sedar tentang kezaliman Umno terhadap mereka.

“Saya yakin Lenggong akan dimenangi oleh PAS dalam PRU13 nanti hasil usaha keras daripada jentera parti yang bertungkus lumus berkempen dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

0 comments:

Advertise