Wednesday, February 6, 2013

Pengundi wanita berperanan besar


IPOH: Pengundi wanita berperanan besar dalam PRU13 nanti, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah Ahmad.

Menurutnya, peratusan pengundi wanita di Perak adalah sangat tinggi melebihi pengundi dari kalangan lelaki.

Ini bermakna katanya, PAS sangat mengutamakan agenda untuk menarik sokongan daripada wanita dengan pelbagai kaedah dan cara bagi mencapai matlamat untuk menawan kembali Perak.

Beliau yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, jentera muslimat menggunakan pendekatan tidak sarat dengan politik semasa bertemu masyarakat khususnya kaum hawa.
Katanya, pihaknya telah menubuhkan skuad Muslimat Bersama Rakyat (Erat) bagi memudahkan jentera bertemu pengundi sasaran.

Kata beliau, pendekatan tersebut ternyata berkesan bagi muslimat mejalankan aktiviti terutama di kawasan-kawasan kampung yang sudah lama di doktrin oleh Umno.

"Muslimat PAS dengan gerak kerja yang lebih tersusun sudah berjaya menembusi kawasan tegar Umno seperti di parlimen Pasir Salak, Parit dan Kuala Kangsar dimana kawasan jumlah pengundi wanita luar bandar adalah tinggi berbanding dengan bandar," katanya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Parit itu menjelaskan, melalui culaan rambang jentera muslimat, 75 peratus wanita yang telah ditemui telah menyatakan bahawa akan melakukan perubahan dalam PRU13 nanti.

Jelas beliau, kebanyakan pengundi wanita yang cenderung kepada Pakatan Rakyat adalah dalam linkungan usia 35 hingga 55 tahun dan tidak kurang juga sokongan daripada warga emas hasil daripada pengaruh anak-anak mereka yang tinggal di kawasan bandar.

"Adalah diharapkan golongan muda yang celik maklumat dapat membantu memainkan peranan dalam menyampaikan informasi yang tepat dan benar kepada kaum keluarga di kampung halaman," ujar Najihatussolehah.


0 comments:

Advertise