Monday, February 4, 2013

Orang Melayu sudah berubah


Pakatan Rakyat khususnya PAS berkeyakinan sokongan orang melayu semakin meningkat dengan berlakunya pelbagai isu mutakhir ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, sokongan ini bukan hanya pada Melayu bandar bahkan sudah merebak ke kampung-kampung.

"Orang melayu di Selama Perak pun sudah pandai cakap ‘ini kali lah’ macam orang Sabah, ramai ahli Umno berjumpa saya dan mereka nyatakan sokongan secara terbuka," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Larut berkata, fenomena ini berlaku kerana orang Melayu sudah mengetahui jika Umno terus memerintah segala hasil bumi akan diberikan kepada kroni-kroni umno.

"Kita difahamkan bahawa sudah banyak tanah seperti di Selama Perak ini diberikan pada kroni yang kaya termasuk guru besar pun boleh dapat tanah anugerah, tetapi ahli umno yang miskin tak dapat". Kata beliau.

Akmal menyarankan kepada jentera agar mendekati pengundi melayu dengan pelbagai cara, antaranya menziarahi penduduk kampung, memberi bantuan semampu mungkin dan lain-lain pendekatan yang difikirkan sesuai.

"Orang melayu ini mahu kita dekati mereka dan bukan hanya dengar ceramah sahaja, jika selalu ceramah sahaja persepsi mereka ialah kita ini kerja mengutuk orang sahaja",ujar beliau.


1 comments:

Harap hubungan Ustaz dengan Dr Dahari dirapatkan kerana kami pengundi muda yg menetap di luar, difahamkan beliau berkecil hati diatas penyingkiran beliau tempoh hari walaupun beliau adalah yg sebenarnya layak . Jika diikutkan ,kami jugak tidak berpuas hati dgn keputusan tersebut. Tetapi utk mencapai 1 matlamat utk negara maka kami pengundi muda akur utk menyokong ustaz...Insya Allah.. Tapi ingatlah..Pengundi saluran satu amat kecewa ketika ini dgn peristiwa tersebut!!!Selalulah turun ke sana utk mengeratkan semula silaturrahim.

Pengundi luar PAS

Advertise