Wednesday, February 20, 2013

Gugur Zambry bukan cerita dongeng


IPOH: PAS Perak merasakan isu penguguran Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Kadir bukan lagi rahsia dan cerita dongeng.
 
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya mendapat beberapa maklumat dalaman tentang isu pengguguran tersebut malah ianya hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak.
 
 Menurutnya, beberapa insiden dan kejadian berlaku telah menghangatkan lagi isu ini dan ianya tidak boleh dinafikan lagi oleh Zambry.
 
“Ketika Majlis Perasmian Serentak Umno Cawangan Seluruh Negeri Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan daripada Zambry.
 
“Terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ) yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada bulan Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan, ada dikalangan Ketua Umno Bahagian berjawatan seorang menteri yang tidak pernah hadir ke Mesyuarat Umno Perak.
 
Ini katanya tidak termasuk beberapa runggutan kepimpinan Umno Bahagian yang tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Zambry yang masih muda.
 
“Dengan menjelangnya pru13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara Komponen BN yang lain sehinggga kini.
 
“Beberapa pendedahan salahguna kuasa Datuk Seri Zambry juga baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti Zambry ‘disebut-sebut’ kembali,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri itu.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi ini juga menyebabkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyddin Yassin kerap turun ke Perak.
 
Jelasnya lagi, walaupun media pro Umno khususnya di Perak sekarang sedang ‘hangat’ mempromosikan Zambry namun sudah ada beberapa Ketua Umno Bahagian bertemu dengan kepimpinan Pusat untuk memastikan  Zambry disingkirkan.
 
“Siapakah yang bakal menggantikan Datuk Seri Zambry dan adakah dikalangan Menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?,” soal Raja Ahmd Iskandar.

0 comments:

Advertise