Monday, January 7, 2013

WWW1:TV3 nafi penyiaran berat sebelah!


http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/2013-Jan/nizar-court.pngKUALA LUMPUR: Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah tidak bersetuju bahawa TV3 bersikap tidak adil dan tepat dalam mengeluarkan berita dalam Buletin Utama berhubung isu WWW1 pada 30 mei tahun lalu.

Bercakap dalam perbicaraan kes saman Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, Ashraf sebagai defendan berkata, TV3 menepati prinsip adil dan tepat tetapi dalam memaparkan berita tersebut.

Defendan berkata beliau yakin berita yang dikeluarkan oleh TV3 tentang isu tersebut adalah tepat.

Ketika menjawab soalan daripada peguam mewakili Nizar, Mohd Fitri Asmuni, defenden bersetuju perlu membuat rujukan daripada sumber asal bagi memastikan ianya tidak lari daripada maksud sebenar sesuai dengan prinsip adil dan tepat.

Namun katanya, pihaknya mengakui tidak membuat rujukan serta tidak mendapatkan kenyataan daripada Nizar (plaintif) tentang kesahihan berita tersebut sebelum menyiarkannya di Buletin Utama.

Peguam Nizar turut mempersoalkan kenapa pihak defendan tidak memaparkan Twitter asal Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam berita tersebut.

Ashraf yang lebih 30 tahun dalam bidang tersebut menjawab ianya tiada keperluan untuk dipaparkan sebaliknya katanya kenyataan Nizar itu telah diolah menjadi menjadi berita.

Peguam Nizar mengatakan kepada defendan adakah tindakan tidak memaparkan twitter asal plaintif adalah bertujuan untuk meyakinkan penonton tentang berita TV3 namun ianya tidak dipersetujui oleh defendan.

Ketika ditanya daripada mana sumber diambil oleh TV3 tentang permohonan maaf plaintif kepada Sultan Johor yang turut disiarkan dalam berita tersebut, defendan berkata ianya diambil daripada kenyataan Twitter plaintif.

Namun beliau tidak dapat mengemukakan bukti kenyataan Twitter plaintif dan seterusnya beliau merujuk kepada The Star Online yang disiarkan pada 31 Mei tahun lalu.

Fitri Asmuni mengatakan bahawa ianya tidak relevan kerana sumbar yang dirujuk di The Star Online itu disiarkan sehari selepas penyiaran di Buletin Utama.

Peguam Nizar itu sekali lagi mengajukan soalan kepada defendan adakah bersetuju TV3 telah memfitnah plaintif dengan mengatakan plaintif memohon maaf kepada Sultan Johor melalui laman Twitter sedangkan katanya kenyataan Twitter Tengku Mahkota Johor dan laporan polis Ketua Pemuda Umno Pulai disiarkan namun defendan tidak bersetuju.

Mohammad Nizar sebelum ini telah mengambil keputusan menyaman media tersebut setelah memfitnahnya dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat kenderaan WWW1.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur itu akan bersambung 11 Januari depan jam 10 pagi.

0 comments:

Advertise