Monday, January 7, 2013

Dekan Kolej Kisdar berceramah atas pentas Umno!


IPOH: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan tahniah kepada Haji Husaini Ibrahim, Dekan Hal Ehwal Pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) kerana telah giat memberikan ceramah anjuran Umno Cawangan Sungai Air Tawar pada 19 Disember 2012 yang lalu di Dewan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
 
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, PAS melihat ini merupakan sikap positif daripada pengurusan KISDAR kerana memberikan laluan dan keizinan kepada kakitangannya untuk bergiat aktif di dalam politik kepartian malah bila dibenarkan Dekan bermakna KISDAR menyahut seruan Perlembagaan Negara yg mengamalkam demokrasi berparlimen dan akan turut mengizinkan pensyarah pensyarah tetap dan kontrak untuk aktif dalam mana mana pertubuhan politik yang sihat.
 
"Kami berharap dengan penglibatan secara terus kepada politik kepartian ini tidak akan membantutkan usaha menaik taraf KISDAR kepada Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS). 

"Malah kami melihat keberanian beberapa pimpinan Umno Bahagian yang telah menyertai KISDAR dalam tempoh beberapa tahun ini dan masih lagi aktif dalam politik sebagai contoh terbaik jika ramai lagi Dekan dan Pensyarah yang ingin menyertai mana-mana parti politik,"katanya kepada Perakite Daily.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Perak berkata, sudah tentu ianya akan memberikan kesan positif kepada perkembangan KISDAR yang sedang menuju ke KUISAS kelak.

"Kami yakin pengurusan KISDAR akan mampu menyahut inspirasi Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar KISDAR setaraf Universiti-Universiti lain di dalam Negara ini setelah di naik tarafkan menjadi KUISAS kelak. 

"Malah kami amat bersetuju ruang ini turut diberikan kepada semua kakitangan KISDAR tanpa mengira fahaman parti politik mana yang dipilih bagi menunjukkan kematangan dan keterbukaan KISDAR sekarang ini," jelasnya lagi

0 comments:

Advertise