Monday, January 7, 2013

PRU13: PAS Perak bertemu pengundi di Lembah Klang



KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.


Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak,” kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).

Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.

“Kami yakin usaha-usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar buat PR Perak terutamanya dan PR di peringkat nasional amnya,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru dan mengharapkan semua pengundi-pengundi yang berdaftar di Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir beramai-ramai kelak.

Pihaknya juga akan membuka kaunter mengikut Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi tujuan kemaskini dan semakan daftar pemilih pengundi di Perak.

“Kami berkeyakinan pengundi-pengundi berdaftar di Perak yang berada di Lembah Klang akan hadir memberikan sokongan kepada PR Perak bagi menghadapi PRU13 nanti,” katanya.

Jom yeop & yong datang jumpa teman di sana yer!

2 comments:

Bagero.. Umno+Pas+Pkr+Dap+Mic+Mca = FUCK

Ajar sikit staf yg buat sms tu beradab..bagi salam perkenal diri siapa..main langgar je apahal..ckp parti islam..bg salam pun dah xreti ke?

Advertise