Sunday, December 16, 2012

Taujihad Amilin Pas di Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak.

Pengisian taujihad khas untuk para amilin Pas di Masjid As Siddiq Taman Iskandar, Seri Iskandar oleh Ust Sideq Nor, Ketua Lajnah tarbiyyah, Dewan Ulamak Pas Perak.

Masjid dipenuhi oleh rakyat datang daripada seluruh pelosok daerah selepas solat maghrib di manfaatkan dengan taujihad bagi menyuntik semangat amilin supaya mengisi kemenangan dengan redha Allah.

Pas mahu menang dengan redha Allah, biarlah Pas dalam kekalahan pilihanraya tetapi bukan dalam kemurkaan Allah.

Tugas jihad para amlilin Pas hendaklah benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membebaskan umat manusia keluar daripada kejahilan.

Pas meletakkan Hukum berdasarkan Al Quran, sudah tentu ia tidak akan terlepas daripada undang-undang kemenangan dengan syarat memikul amanah yang diberikan oleh Allah untuk menegakkan syariatNya.

Umno/Bn tidak mahu melaksanakan syariat Allah dalam pemerintahan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Pas untuk melaksanakan tugasan para Nabi dan Anbiya' menyampaikqn kebenaran dan menolak kezaliman serta kejahilan.

Nabi telah berpesan, bakarlah semangat orang beriman untuk berjuang dimedan jihad. Seruan jihad sudah dilaungkan.

Sekiranya kamu bersabar dan ada 300 orang, kamu pasti akan dapat mengalahkan musuh seramai 300 orang. Demikianlah seruan Nabi saw untuk membakar semangat orang beriman (umat islam.) Inilah janji bagi orang-orang yang percaya (yakin.)

Undang-undang pertama ialah, Kemenangan itu datangnya daripada Allah.
kedua: percayalah dengan janji Allah.
Ketiga: Pertolongan daripada Allah pasti akan datang dan Insya Allah, jalan menuju ke Putrajaya pasti akan menjadi mudah.

sekiranya Allah ingin memenangkan Pas,  tiada siapa yang dapat menahannya. Justeru, semua ahli Pas hendaklah mematuhi setiap keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan.

Dan jangan ada dari kalangan pimpinan yang mengkhianati perjuangan Pas dengan mementingkan diri sendiri untuk mengaut ghanimah hasil daripada kemenangan yang semakin hampir pada pilihanraya yang akan datang.

0 comments:

Advertise