Lebih 30 ribu rakyat daripada seluruh pelusuk negeri Perak memenuhi tapak program di Seri Iskandar, manjung bermula pada petang tadi walaupun terpaksa berada didalam hujan.
Puluhan ribu rakyat yang hadir ke program ini, jelas menunjukkan kebangkitan sebenar rakyat Perak yang sedang menantikan tarikh PRu 13 dan bersedia untuk menuju ke Putrajaya.
Himpunan kebangkitan ini merupakan penzahiran jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak yang bersiap-sedia menerima amanat pemimpin dan memikul amanah parti di semua peringkat.
Laungan "rakyat bangkit, tawan Perak, tuju Putrajaya" bergema setiapkali pimpinan utama dijemput berucap, ditambah dengan sahutan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan zalim Umno/ Bn ini ditukar daripada tampuk pemerintahan dalam negeri dan negara.
Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebangkitan rakyat diseluruh negara pada masa ini tidak lain adalah untuk melihat kerajaan umno/ Bn tumbang dan mengharapkan Pakatan Rakyat seterusnya akan menerajui kerajaan serta memastikan rakyat lebih terbela bersama Kerajaan Pakatan Rakyat.
Berita selanjutnya akan dilaporkan dari masa ke semasa, insya Allah.
0 comments:
Post a Comment