PARIT: Pakatan Rakyat perlu menawan Perak dengan
majoriti meyakinkan dalam usaha untuk menguasai Putrajaya dalam Pilihan
raya Umum ke-13 (PRU13).
Demikian penegasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di
Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.
Justeru, katanya Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR perlu
menambahkan kerusi di negeri ini pada PRU13 nanti bagi mencapai hasrat
tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara
tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan
Putrajaya nanti ialah menyediakan pendidikan percuma dari sekolah
rendah hingga peringkat universiti.
“Kita mahu memberikan pendidikan terbaik kepada anak muda, pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.
“Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan bayaran PTPTN, negara tak bankrap, insya Allah,” ujarnya kepada kira-kira 20,000 hadirin.
Katanya lagi, Pakatan Rakyat tidak mahu anak-anak muda menganggur atau bekerja dengan gaji yang tidak mencukupi.
Anwar juga menjelaskan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan monopoli permit teksi oleh pemimpin Umno.
“Insya Allah, permit teksi hanya boleh dipegang oleh orang yang
membawa teksi sahaja, yang ini pun Umno tak berani nak ubah,” ujarnya.
Mengenai Himpunan 1 Juta Rakyat pada 12 Januari tahun hadapan, beliau
mengulangi penegasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap
sebelum itu bahawa ia bertujuan untuk membersihkan PRU13.
Justeru, katanya rakyat perlu turun ke himpunan tersebut untuk
menyampaikan mesej tersebut kepada kerajaan BN agar jangan ada penipuan
dalam PRU13 nanti.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment