Sebahagian hadirin yang membanjiri padang SEDC Bandar Seri Iskandar mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.
PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.
Walaupun hujan renyai-renyai dan sesekali agak lebat sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat
Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan pidato.
0 comments:
Post a Comment