Thursday, November 1, 2012

Kisdar: PAS Perak jumpa Kerajaan Negeri


IPOH: PAS Perak yang diketuai oleh Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam bersama Jawatankuasa  Strategik dan Isunya hadir bertemu Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Khalid berhubung isu Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) yang dilihat mempunyai masalah pengurusan.
 
Perjumpaan tersebut diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 25 Oktober lalu dan turut dihadiri oleh pengurusan Kisdar yang diketuai Rektornya, Prof Dr Jamil Hashim.
 
Pertemuan tersebut diadakan respon daripada pelawaan Datuk Zahir  yang juga Timbalan Pengerusi Kolej tersebut untuk bertemu mana-mana pihak bagi mendapat penjelasan terus daripada pengurusan Kisdar tentang beberapa isu yang telah diketengahkan oleh PAS Perak sebelum ini.
 
Pelbagai masalah yang dibangkitkan dapat dibincang daripada kedua-dua belah pihak bagi merungkai permasalahan yang berlaku di kolej tersebut yang dibangkitkan PAS.
 
Dr Muhaimin berkata, isu yang dibangkitkan ini bukanlah bersifat politik dan cuba mengambil kesempatan sebaliknya ianya adalah untuk kebaikan pelajar kolej tersebut yang majoritinya rakyat Perak.
 
Menurutnya, dakwaan  Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir bahawa PAS Perak cuba mempolitikkan  isu pendidikan adalah meleset sama sama sekali.
 

“Saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat inginkan kemajuan dan kecemerlangan Kisdar sebab itu kami membangkitkan permasalah pentadbiran kolej tersebut dan ianya memberi sinar kebaikan kepada pelajar-pelajar,” kata beliau.

0 comments:

Advertise