IPOH: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak akan menjelajah
ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi menyedarkan serta memberi penerangan
kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.
Pengerusinya, Razman Zakaria berkata, program Kembara Oren Selamatkan
Felda itu akan berlangsung pada Sabtu ini.
Menurutnya, program dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) itu akan disertai oleh Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri
Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman.
Katanya, program tersebut bertujuan memberi penerangan tentang
beberapa isu hangat termasuklah berkenaan tanah Felda Plantation seluas 80 0000
ekar di seluruh Malaysia serta lebih daripada 34 000 ekar telah diambil oleh
pemimpin Umno dan diserah kepada Felda
Global Ventures Holdings (FGV) dimana pemiliknya bukan lagi hak Melayu dan peneroka scara
total.
“Peneroka juga perlu tahu tentang Penipuan dalam jumlah pemberian
dan pembelian saham unit peneroka sebanyak 800unit pada harga tawaran (IPO) RM4.55
bernilai sekitar RM3640 sedangkan pinjaman peneroka unit jumlah itu RM5000,”
katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan,
pihaknya akan memberi penjelasan tentang harga saham peneroka semakin turun dan
akan memberi kesan langsung yang sepatutnya kerajaan tidak membawa peneroka ke
dalam kancah perniagaan berisiko.
“Peneroka dikelirukan dengan durian runtuh sebanyak RM15000
dan peruntukan RM5000 daripada jumlah itu untuk anak peneroka dijangka akan
diberi menjelang PRU13 nanti yang bertujuan untuk memancing serta mengaburi
mata peneroka.
“Kami akan mengemukakan tawaran Pakatan Rakyat kepada peneroka
yang ternyata lebih berbaloi daripada pemberian durian runtuh daripada kerajaan,”
jelas beliau.
Pengerusi Badan Bertinda Peneroka Felcra (BAPA) itu berkata,
kembara tersebut bermula di Felda Lasah, Sungai Siput jam 8.00 pagi sebelum
bergerak ke Felda Ijok, Larut dan akan sampai kira-kira 12.00 tengahari.
Ujarnya, Program tersebut akan diteruskan ke beberapa Felda di
Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut disebelah
petang sebelum program kemuncak iaitu ceramah Umumnya pada malam tersebut.
“Saya menyeru seluruh rakyat Perak khususnya peneroka untuk
bersama-sama menyertai kembara ini bagi merealisasikan matlamat kami untuk
memberi kesedaran kepada peneroka,” tegasnya.
MAKLUMAT PROGRAM :
Nama Program : ‘KEMBARA OREN
SELAMATKAN FELDA’ Negeri Perak.
Tarikh : 3 November 2012
(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Kawasan yang terlibat : Sg.
Siput, Larut dan Lenggong.
TENTATIF PROGRAM :
MASA
|
FELDA /
KAWASAN
|
PROGRAM
|
|
8.00 pg
|
Sg. Siput – Felda Lasah
|
Sarapan pagi, edar risalah
dan ziarah
|
|
12.tgh hr
|
Larut – Felda Ijok
|
Makan tengah hari, edar
risalah dan ziarah
|
|
4.00 ptg
|
Lenggong – Felda Lawin
Selatan, Utara dan Papulut
|
Minum petang, edar risalah
dan ziarah
|
|
9.00 mlm
|
Ceramah Umum
|
1 comments:
sepatutnya razman bagi tau kakitangan awam supaya jangan rasuah,kalau rasuah....... tak sempat pencen.......kan bagusssss
Post a Comment