Bertempat di markas PAS Cawangan,sejumlah 3 ekor lembu telah
ditumbangkan dan 110 kampit beras berjaya diagihkan kepada penerima
terpilih yang terdiri daripada penduduk setempat oleh pihak PAS
cawangan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan secara bergotong
royong.
Upacara pengagihan daging korban dan beras diketuai
Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.
Akmal dalam ucapannya berkata,program sedemikian adalah
salah satu perlaksanaan ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Jelas Akmal,walaupun
jumlahnya kecil,tetapi Allah memberikan ganjaran yang cukup besar kepada
sesiapa yang melaksanakannya.
“InsyaAllah,bukan sahaja pada hari ini,kita(PAS) juga akan
teruskan program berbentuk seperti ini dari masa ke semasa.” Tambah Akmal lagi.
Program yang berlangsung selepas waktu solat jumaat dan
berakhir selepas waktu asar tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mantan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari yang mengambil
kesempatan untuk beramah mesra dengan
penduduk di sini selepas kemasukannya ke dalam PAS Mei Lalu.
Fauzi yang juga merupakan anak jati Batu Kurau,Larut dalam
ucapan ringkasnya meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan
untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekitar tempat kelahirannya sendiri setelah tidak berkesempatan melakukannya
sebelum ini kerana tuntutan tugas sebagai pegawai polis.
Datuk Fauzi turut membantu Akmal mengagihkan sumbangan
1 comments:
jangan lupa korban bukan setakat sembelih lembu aja kita di ajar berkorban dalam segenap urusan harian dimana perlu.pengorbanan di peringkat kepimpinan, rakyat,ayah ibu anak-anak seperti yang di perintah oleh Allah dan RasulNya
Post a Comment