Wednesday, October 3, 2012

Ungkapan jahil BN ; Politik wang bukan Rasuah


Jika hanya dingin mungkin boleh dimaafkan bagaimana pula jika kita dapati persepsi pemimpin BN sendiri yang terpesong jauh berkenaan takrifan rasuah itu sendiri! Indeks Persepsi Rasuah Negara kita makin menjunam. Tetapi yang menjadi pelik kepada rakyat ialah bagaimana dinginnya kerajaan berusaha untuk menaikkan nama Negara yang kian banyak palitan lumpur rasuah baik rasuah mega mahupun rasuah kecil-kecilan.


Misalnya kenyataan jahil Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa politik wang bukan rasuah semasa majlis makan malam di Ipoh pada Selasa sebagaimana dilaporkan oleh  Oriental Daily News 19 september 2012.

Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika takrifan rasuah pun sanggup dianggap mainan oleh pemimpin BN, bagaimana mungkin mereka boleh memaksa rakyat percayakan 20 inisiatif NKRA Benteras Rasuah yang ditaja oleh kerajaan 1 Malaysia ini? Malah usaha benteras rasuah hanya sekadar tempelan stikel Janga Rasuah yang ditampal di kereta-kereta peronda polis semata-mata.

Jika itu pandangan pemimpin berbangsa Cina, bagaimana denga pemimpin berbangsa Melayu BN?

"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pandangan cetek Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula yang kemudiannya dipilih menerajui Felda. Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah. Isa berkata beliau tidak mengamal rasuah.  Sebaliknya beliau mengamalkan politik wang.  UMNO dikatakan  mempunyai kod etika dalam pemilihan parti.  Demikian hujah Isa di hadapan wartawan Merdeka Review sebelum ini.

Malah, Isa Samad menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.

Beliau  tidak menganggap itu sebagai masalah kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang,  UMNO boleh  meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan).

Ternyata dua pemimpin diatas tidak merujuk kamud Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tidak hairan kerana pemimpin BN bukan pejuang bahasa melayu malah antara petualang meleburkan tulisan jawi, bahasa melayu daripada persada sosial di tanahair bertunjang melayu ini.

 Menurut Kamus Dewan Edisi 4, politik wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kepada kumpulan orang atau individu tertentu untuk mendapatkan sokongan, terutamanya untuk pemilihan sesuatu jawatan penting dalam parti. Bukankah itu rasuah?

Jika buka pula Kamus Pelajar DBP Rasuah dimaksudkan juga dengan aktiviti sesuatu yang diberikan atau yg diterima sebagai meraik sokongan. Bukankah ini politik wang?

Menurut Prof Hussein Al Attas dalam bukunya  Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsi menyatakan bahawa   rasuah dan penindasan terhadap kaum miskin telah berlaku sepanjang zaman Rom berabad-abad lamanya. Walaupun rasuah bukanlah faktor utama kejatuhan Rom yang dianggap tidak akan jatuh, tetapi rasuah menjadi api dalam sekam yang meruntuhkan empayar besar tersebut.

Rasuah juga menimbulkan 1001 permasalaha sosial bermula dengan kemuncak kerakusan strata bangsawan, datuk-datuk, juak-juak, penghulu-penghulu menjarah harta dan dana kerajaan sehingga menimbulkan ketidak puashatian rakyat bawahan. Malah ketidakpuas hatian rakyat ini menatijahkan masalah lain pula iaitu dendam dibalas dengan meluasnya rasuah ke akar umbi pula. Bagi mereka tidak adil jika kamu diatas sahaja berasuah, kami juga inginkan laba yang sama!
Bagaimana teori sebegini tidak dipandang oleh pemimpin BN?

Bukti ketidak seriusan kerajaan BN membasmi budaya rasuah jelas apabila perlancaran Dua puluh inisiatif menggerakkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 untuk tempoh berakhir 2015 hanya mementingkan aspek persoalan pengurusna maklumat dan pemantauan terhadap aduan rasuah sahaja.

Tiada langsung klausa atau perancangan yang memperuntukan pemberian kuasa besar SPRM mengheret pemimpin besar ke muka pengadilan dan SPRM kekal tidak berupaya mencegah rasuah para menteri.

Lebih lucu 20 inisiatif yang digembar gembur dalam media elektronik ini juga cuba mengaplikasi akses pemantauan yang cepat kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan serta merta, sedangkan realiti rakyat yang tidak buta sedar bahawa Laporan Ketua Audit Negara hanya menjadi bahan bacaan tahunan tanpa ada usaha serius menangani korupsi dalam agensi kerajaan dan pengurusan kerajaan pusat dan negeri. 

Muhammad Nuruddin Bashah
Penulis ialah AJK Penerangan PAS Perak yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

0 comments:

Advertise