Ceramah Hak Asasi Rakyat : Rohingya Menangis telah berjaya dianjurkan di
tapak Padang Bola Taman Song Choon malam tadi. Ceramah yang bermula
seawal 9.30 malam itu dipengerusikan oleh Al Fadil Ustaz Radzi Zainon
selaku Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat (PAS).
Ceramah suntikan semangat ini dianjurkan oleh jawatankuasa UPU Taman
Taufik, Surau Taman Song Choon, Dewan Pemuda Kawasan Gopeng dan MAPIM.
Antara penceramah yang menyerikan program tersebut adalah Dr Aziz Bari
bekas pensyarah UIA yang juga mendapat jolokan sebagai Pakaar
Perlembagaan Malaysia. dengan senyuman dan nada yang cukup tenang,
beliau menyampaikan fakta-fakta berkenaan hipokrasi regim dunia termasuk
pemerintah negara ini berkenaan isu hak asasi dan isu nyawa umat Islam
luar negara.
Penceramah kedua iaitu ustaz Nor Azli Musa telah menghangatkan majlis
dengan laungan jihad dan ayat-ayat Al Quran berkenaan kewajipan umat
islam mengambil tahu dan perhatian hal umat islam seaqidah.
Tayangan slide kekejaman terhadap Rohingya memulakan sesi ceramah oleh
Cikgu Azmi Abdul Hamid sebagai tetamu jemputan utama. Cikgu Azmi
menceritakan bagaimana sikap kerajaan Bangladesh yang sanggup bermatian
untuk tidak menjual bahan makanan kepada MAPIM untuk diagihkan kepada
mangsa pelarian. Malah Bangladesh tidak mahu membenarkan Flotilla yang
akan diserrtai oleh lebih puluhan negarauntuk berlepas daripada
perlabuhan Bangladesh.
Bagaimana pula umat Islam Malaysia mahu meletak muka jikla tiada seorang
dermawan pun sanggup menyewakan kapal atau kontena sekalipun untuk misi
Flotila ke Arakan. sebaliknyabeberapa individu berbangsa India sanggup
menghulurkan bantuan meminjamkan kontena untuk MAPIM tanpa sebarang
bayaran!
Putera 1 Malaysia pula hanya bertindak dan bergegas untuk menghantara
makanan ke Arakan selepas terpukul dengan sikap pro-aktif NGO-NGO lain
terhadap misi kemanusiaan ini. Namun sikap gopoh mereka yang menggunakan
kapal TLDM untuk membawa makanan ke sana mengundah rasa marah Myanmar
seolah-olah mahu berperang dengan Myanmar! Suatu yang cukup lucu bagi
sebuah ketumbukan yang hanya mengangguk isu umatIslam untuk kepentingan
politik.
Ustaz radzi selaku wakil PAS Kawasan Gopeng telah menyerahkan dana
sebanyak RM 2000 hasil kutipan cawangan-cawangan,individu, surau-surau
dan masjid sekitar kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Pengarah Program
Wednesday, October 3, 2012
Rohingya Menangis!
gambar-gambar ihsan http://www.mapim.org/
0 comments:
Post a Comment