IPOH: Pemuda PAS Perak kektika ini sudah membuat persediaan pilihanraya seolah-olah parlimen sudah dibubarkan.
Pengarah Pilihanrayanya, Nazri Din (gambar) berkata, persediaan Pemuda PAS di tahap yang begitu tinggi dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.
Menurutnya, Pemuda PAS Perak telah bersedia sejak insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 lagi.
“Sebenarnya kalau kita tengok kepada situasi negeri Perak, ada peristiwa politik tersendiri bermula daripada tahun 2008.
“Ketika kita mendapat menubuhkan kerajaan dalam majoriti mudah, dalam
situasi itu kita pun sudah bersedia kerana apa sahaja boleh terjadi,
jadi apabila berlaku krisis rampasan kuasa, kita telah kemaskan dan
perkuatkan jentera bagi menghadapi pilihanraya negeri,” katanya ketika
ditemui di Pejabat Pemuda PAS Perak, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Larut menjelaskan, di setiap
parlimen dan Dun yang ditandingi PAS, Pemuda sudah pun membuka bilik
gerakan untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya.
Ujar beliau, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri akan turun
memantau jentera Pemuda PAS di setiap kawasan untuk melihat gerak kerja
serta strategi yang dibuat dan mengenalpasti masalah yang dihadapi.
Ketika ditanya apakah program yang dilakukan, Nazri berkata, Pemuda
PAS mendekatkan diri dengan pelbagai kaedah termasuklah sukan dan
hiburan berbentuk dakwah.
“Orang muda ini mempunyai pelbagai sifat seperti bersifat radikal dan
menghiburkan, mereka hendakkan satu jawapan yang pasti tentang masa
depan serta kualiti hidup mereka,” ujar beliau.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment