Menurutnya, beliau
optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.
Beliau berkata
demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia,
Simpang Pulai, Gopeng semalam.
Ketua pembangkang
itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang
katanya paling sengit akan berlaku.
“Saya yakin
pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan
Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin.
Mengulas lanjut, beliau
mengecam Dato’ Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.
Katanya, Najib
takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut
dengan tidak menghadirkan diri.
Menurutnya, Najib
pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan
harian rakyat dinegara ini.
“Kenaikan tersebut
telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu syarikat gula
tersebut adalah milik orang mereka,” ujar beliau.
Penguguman
tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat.
Turut hadir ialah Ketua PKR Negeri, Dr Muhd Nur Manuty; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak turut berucap
Anak kecil bersalaman dengan DSAI
0 comments:
Post a Comment