Tuesday, October 16, 2012

Nurul Jannah hidap kanser saraf


Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Isran mengimamkan doa ketika melawat Nurul Jannah bersama Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar, Ketua Pemuda PAS Tapah, Ustaz Shamsul dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh baru baru ini.


KAMPAR: Anak kepada Ketua Pemuda PAS Kampar, Ustaz Anuar Murad disyaki telah menghidap penyakit Neuroblastoma iaitu kangser saraf tahap 4.

Adik Nurul Jannah, 6, pada awalnya demam dan kurang sihat sebelum didapati menghidap kanser

"Setiap mlm dia menangis, ambil ubat pun tak jadi apa, saya bawa hospital baru dapat kesan dia kena penyakit neuroblastoma atau kanser saraf tahap 4," kata Ustaz Anuar.

Katanya, sudah sebulan beliau berulang alik membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur dan baru-baru ini ke Hospital Alor Star.

Anak ketiga daripada 4 adik beradik itu ketika ini sangat lemah dan tidak boleh berjalan namun ianya sudah sedikit elok selepas menjalani perubatan.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai Timbalannya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss melawat Nurul Jannah di kediamannya di Malim Nawar, Kampar Perak.

Pemuda PAS melalui Lajnah Kebajikan turut menyampaikan sumbangan kepada Adik Nurul Jannah bagi mengurangkan beban mereka.

Ustaz Anuar berkata, kewangannya sedikit terdesak kerana perlu berulang alik untuk merawat anakntya itu.

Kepada yang ingin menyumbang bolehlah hubungi: 
Ustaz Anuar Murad 0194293287.



Ketua Lanjah Kebajikan Pemuda PAS Perak, Ustaz Isran menyampaikan sumbangan

0 comments:

Advertise