Tuesday, October 16, 2012

Muslimat Bukit Gantang Tekad Tumbangkan Umno-Bn


Oleh: Muhammad Hasrul Qoorata

BUKIT GANTANG: Dewan Muslimat PAS Bukit Gantang beriltizam dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi untuk menumbangkan Umno-Bn pada PRU13 yang akan datang.

Ianya telah dizahirkan pada program Gelombang Hijau ke Putrajaya  anjuran  Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang  dengan kerjasama Helwa Majlis Tindakan Dun (MTD) Trong pada 14 Oktober lalu.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Nor Azli Musa yang merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak .

Noazli yang juga bekas calon PAS Dun Trong  berkata, Muslimat perlu membuktikan bahawa tangan yang menghayun buaian tidak mustahil mampu memainkan peranan penting dalam misi meruntuhkan kekuasan Umno-BN yang sudah lama berkuasa di  negara ini.


“Saya yakin Muslimat adalah aset penting dalam menentukan kemenagan PAS pada PRU13 nanti”,tegasnya.

Sementara itu, kehadiran Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat  Aiman Athirah Al-Jundi  telah memberikan rangsangan dan taujihad kepada jentera Muslimat yang hadir.

 Beliau berkata, semangat juang yang tinggi untuk memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat  tidak sewajarnya berhenti setakat  majlis ini sahaja .

Aiman Athirah menjelaskan, Muslimat haruslah memanfaatkan saki baki masa yang ada ini dengan memberi tumpuan yang semaksima mungkin untuk menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Norazli yang juga YDP PAS Ipoh barat berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM 3000 kepada  HalWa MTD Trong untuk menjalankan gerak kerja.


Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah MTD Trong, Mustafa Abdul Wahab; Timbalan Ketua Muslimat Kawasan, Puan Zahratulaini; Ketua HalWa Bukit Gantang Puan Zaiton Ahmad dan pimpinan Muslimat Pas Kawasan Bukit Gantang.

0 comments:

Advertise