Tuesday, October 30, 2012

Nizar, Idris Ahmad jayakan Majlis Qurban


Oleh: Muhammad Hasrul Qoorata

BUKIT GANTANG, Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS  Kawasan Bukit Gantang  bersama Pusat Khidmat ahli parlimen telah Berjaya menjalankan ibadah korban serta mengumpul penyumbang lembu korban bagi di agihkan kepada cawangan serta kampung di sekitar bukit gantang. Sebanyak 11 ekor lembu korban berjaya di sumbangkan melalui kerjasama Pusat Khidmat danPAS kawasan.

Kehadiran dua tokoh pimpinan Ahli Jawatan Kuasa PAS pusat Dato Seri Nizar Jamaluddin bersama Ustaz Idris Haji Ahmad memeriahkan lagi majlis ibadah korban yang diadakan oleh beberapa cawangan  Pas dan kampung di sekitar parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.

Program jelajah korban yang di susun oleh Pusat Khidmat ahli parlimen Bukit Gantang itu bermula pada jam 8.30 pagi itu membabitkan beberapa cawangan PAS dan kampung ,antaranya cawangan Matang Gelugor,cawangan Kampung Pak Darus,Kampung Cheh ,Cawangan Larut Tin,Taman Kaya,Kampung Perak Matang, ,Kampung Padang Bola ,Kampung Salak ,Trong dan satu masjid di Kuala Trong.

Dato’ Seri Nizar dalam ucapannya berkata “ibadah korban ini perlulah dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana semua ini akan di hintung dihadapan Allah kelak,apa gunanya kita berkorban sedangkan kita menolak syariat Islam” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.Beliau dalam ucapannya mewakili PAS kawasan Bukit gantang  juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kepada para penyumbang.

Sementara itu,Ustaz Idris Hj Ahmad yang merupakan Pengarah Lajnah Tarbiah PAS Pusat turut berpesan ,pengajaran pengorbanan dari pada kisah para anbiya terdahulu perlulah di contohi oleh umat Islam pada harini,Semangat pengorbanan  untuk berserah dan  patuh kepada perintah Allah wajar di ambil untuk kita praktikkan di dalam gerak kerja  bagi memenangkan Islam,ujar beliau yang juga  anak tempatan Bukit Gantang.

Ternyata kehadiran dua tokoh besar ini di majlis korban,mendapat perhatian daripada kalangan penduduk bagi mengambil peluang bertemu dengan lebih dekat kedua pemimpin ini.Lebih menjadi tumpuan apabila Dato Seri Nizar  menyembelih sendiri lembu korban dan mengagihkan bungkusan sumbagan daging  dari rumah kerumah,semasa jelajah tersebut.

Di kesempatan itu juga, peluang di ambik bagi bertemu danmengetahui masalah rakyat dan menziarahi penduduk yang di timpa musibah.

Turut bersama pada program tersebut Ustaz Nor Azli Musa bersama Penyelaras DUN Trong Mustafa Wahab,Pembantu Pusat Khidmat Cikgu Shahruddin , Haji Zainuddin Hamzah dan juga Pengarah MTD kuala Sepetang Haji Muhyiddin berserta pimpinan kawasan.

0 comments:

Advertise