Tuesday, October 30, 2012

Majlis Korban Pemuda PAS Perak meriah


Bersama sama umat Islam seluruh dunia, Dewan Pemuda PAS Perak menerusi Lajnah Kebajikannya turut tidak melepaskan peluang mengadakan majlis korban pada 28 Oktober lalu.

Ibadah korban tersebut dijalankan di Kampung Beluru, Padang Rengas dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan itu.

Program tradisi Pemuda PAS Perak di setiap tahun itu disertai oleh pimpinan Pemuda PAS Negeri termasuklah Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalannya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss; Setiausaha, Salman Saleh; Bendahari, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Pengerusi Lajnah Kebajikan, Ustaz Fahmi Ismail.

Aktiviti melapah, memotong daging dan tulang, membungkus dan mengagihkan daging yang melibatkan penduduk kampung tersebut telah merapatkan lagi ukhuwah di antara pimpinan PAS dengan penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan majlis itu.

Kesungguhan yang ditunjukkan penduduk tempatan bersama pimpinan Pemuda PAS sememangnya menyuburi ibadah korban tersebut.

Selesai pengagihan daging, Dr Raja Iskandar yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia bersama-sama pimpinan PAS Padang Rengas telah mengedar daging korban tersebut kepada penduduk terpilih yang terdiri daripada golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya.






Disebelah malamnya, ceramah umum diadakan dan disampaikan oleh Dr Raja Iskandar, Ustaz Fakhrulrazi, Salman Saleh dan Ustaz Fahmi.


0 comments:

Advertise