Wednesday, October 10, 2012

VIDEO DIDALAM: Nizar bawa isu kolam udang ‘haram’ ke Parlimen

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin membangkitkan isu kolam udang ‘haram’ ketika membahas bajet di parlimen hari ini.

Projek yang beroperasi  berhampiran Jeti Kelip- Kelip Kampung Dew, Kuala Sepetang itu telah merosakkan habitat dan alam sekitar terutama kelip-kelip disitu.

Projek seluas 8 ekar tersebut diusahakan di tanah milik Koperasi Umno Bukit Gantang sejak sekian lama itu telah melanggar undang-undang yang digariskan sebab itu dikatakan ianya haram.

Mohammad Nizar dalam ucapannya menggesa kerajaan mengambil serius masalah ini kerana ianya telah membuatkan keunikan disitu iaitu kelip kelip semakin pupus.

“Kerajaan haruslah mengambil berat suasana sedemikian kerana keunikannya boleh menarik pelancong yang banyak walaupun hari ini ianya semakin berkurang namun pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara masih lagi datang menyaksikan kelip kelip,” jelasnya ketika berbahas.

Dalam perkembangan lain, Mantan Menteri Besar Perak itu  menyarankan kerajan memberikan insentif kepada institusi-institusi pra sekolah yang berjaya termasuk PASTI.

Katanya, peruntukan sebanyak RM 1.2 Billon kepada beberapa jabatan dan kementerian serta tambahan sebanyak rm 350 juta kepada Pra sekolah sangat baik namun sewajarnya ianya turut membantu PASTI yang ternyata berjaya melahirkan pelajar yang berkualiti.

Nizar besama Idris Ahmad menjelajah membongkarkan operasi kolam udang haram baru-baru ini



0 comments:

Advertise