ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng memberi cadangan kepada
pihak Jabatan Kerja Raya Taiping agar prihatin terhadap bahagian Jalan Kampung
Dew, Simpang Halt, yang sering rosak walaupun bertahun-tahun diturap sebaik
mana pun.
“Ia
bermula dari hadapan Kilang Comfort Rubber Gloves,
Simpang Halt
sehingga ke persimpangan jalan baru yang bersambung ke Kolej ADTEC dan Giant
Hypermarket Taiping. Cadangan saya adalah pihak JKR patut membina rubber-bank atau tebing konkrit di parit
sebelah jalan tersebut terlebih dahulu, sebelum menjalankan penurapan jalan,”
tegur Tai. Ini adalah untuk menjimatkan kos penyelenggaraan jalan JKR.
Sebagai
pengguna jalan tersebut yang kerap, Tai telah lama meneliti bahagian jalan tersebut
yang berkali-kali rosak dan berkali-kali juga diturap oleh kontraktor JKR, dalam
3 tahun yang lepas.
“Jalan
ini rosak kerana tanah di bawah jalan tenggelam, atas sebab tanah menggelongsor
ke arah parit besar yang sejajar dengan Jalan Kampung Dew. Tanah di bawah jalan
longgar dan tidak stabil. Ia senang menggelongsor ke arah parit, khasnya Jalan
Kampung Dew senantiasa digunakan oleh kenderaan berat seperti lori berkilo tan.”
Menurut
Tai, keadaan gelongsor tanah sebab tiada rubber-bank
yang menahan adalah sangat ketara jika jurutera JKR membuat pemerhatian di
hadapan Kilang Comfort Rubber Gloves. Dengan membina rubber-bank di bahagian tebing parit besar yang hala ke Jalan Kg
Dew, kegelongsoran tanah dapat dielakkan dan jalan yang sudah siap diturap
tidak akan rosak lagi sebab tenggelam tanah bawah jalan.
0 comments:
Post a Comment