Monday, October 29, 2012

AMK Perak kecam Soi Lek!


Saiz Teks: A A A

AMK Perak kecam tindakan Soi Lek persenda hukum hudud dan islam

Assalamualaikum, salam sejahtera, nihauma, vanakam dan salam reformasi.
Saya Ahmad Tarmizi bin Mohd Ghazali @ Tomi, adalah selaku Pengarah Program & Sidang Media pada tengahari ini, merangkap Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Perak (AMK), bersama-sama teman EXCO AMK Perak yang lain, mengutuk kenyataan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memperlecehkan dan mempersendakan Hukum Hudud dengan mendakwa kononnya seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.
Dakwaan Chua ini hanyalah berdasarkan SMS yang tidak dapat disahkan pengirimnya dan menunjukkan Chua semata-mata mengarut dan cuba mengalih fokus rakyat yang benci terhadap rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh UMNO Bn.
Dr. Chua Soi Lek sebelum ini juga telah banyak kali memilih untuk mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA,  tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011.
Dr Chua juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa politk wang bukan rasuah dan sebagainya yang langsung tidak memahami kebencian rakyat terhadap kerajaan yang rasuah dan bukannya hukum hudud.
AMK Perak berpendapat bahawa Dr Chua masih dalam keadaan berkhayal serta berilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan rakyat. Dr Chua langsung tidak ada keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan Umno Bn yang menyeleweng.
AMK Perak ingin menyindir Dr. Chua ,ibarat meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, siber café dan refleksologi akan ditutup.
Sebaliknya di Negeri Selangor, Adun MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen siber café dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Dr Chua Soi Lek itu.
AMK Perak ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka. PAS telah bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat dan mendokong agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku Jingga.
Perjuangan PAS untuk merealisasikan sebuah Negara Berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti dan rakyat Malaysia.
Satu perkara yang sangat mendukacitakan, dalam mana kita berada diera teknologi IT yang serba canggih, MCA masih mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik murahan. MCA juga rela untuk menjadi alat politik perkauman Umno itu sendiri.
Oleh itu, AMK Perak berpendapat bahawa Dr. Chua Soi Lek telah ketandusan idea dan tidak berupaya bersaing dengan Pakatan Rakyat atas dasar atau halatuju pembangunan Negara yang sepatutnya.
Akhir kata,bagi pihak AMK Perak, kami ingin memperingatkan dan menegaskan sekeras-kerasnya kepada Dr Chua Soi Lek, supaya jangan mempersendakan Hukum Hudud/Islam sesuka hati anda,kerana ianya sangat tidak relevan serta sangat sensitif terutamnya kepada penganut-penganut Islam yang jumlahnya adalah majoriti di Malaysia ini dan Islam itu sendiri adalah Agama Persekutuan.Adalah lebih baik jikalau beliau berdiam diri daripada terus membuat kenyataan dangkal tentang Hukum Hudud itu.
AMK Perak mendesak Dr Chua Soi Lek untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam dengan serta merta.
Sekian.

Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali
Ketua Penerangan AMK Perak

0 comments:

Advertise