Tuesday, September 18, 2012

Pengurus Skuad Seladang perlu letak jawatan!


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berkongsi sedih bersama seluruh penyokong Pasukan Bolasepak Seladang Negeri Perak di atas ketidak layakkan Pasukan Seladang bagi meneruskan saingan merebut Piala Malaysia pada tahun ini.


Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, satu tindakan drastik perlu diambil bagi mengembalikan kegemilangan Pasukan Seladang yang selama ini menjadi perhatian oleh pasukan negeri lain selama ini.


Menurutnya, jika dalam saingan Liga Super baru-baru ini, dengan melihat pretasi hambar Pasukan Seladang yang dipimpin oleh Jurulatihnya, Norizan Bakar yang akhirnya ‘disingkirkan’.


Tempat Norizan digantikan pula oleh bekas pemain Semi Pro Perak ketika itu daripada Negara Korea, iaitu Jang Jung.


"Tetapi yang peliknya, bagaimana dipihak pengurusannya? Adakah Pengurus dan Penolong Pengurusnya masih dikekalkan untuk tahun hadapan?," soal beliau.


Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu menjelaskan, umum mengetahui bahawa Pengurus Pasukan Seladang adalah Bendahari Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA), Khairul Azwan Harun yang juga Pengurus Besar PAFA Holding Sendirian Berhad.


"Adakah Khairul Azwan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak akan dikekalkan sebagai Pengurus akan datang juga?


"Jika sebelum ini Norizan ‘disingkirkan’, sudah tiba masanya Khairul Azwan juga ‘berundur diri’ jika ingin melihat kemajuan bolasepak di Perak khasnya!," tegasnya


Like FB Dr Raja Iskandar : http://www.facebook.com/pages/Dr-Raja-Iskandar-Al-Hiss/203429049713492

0 comments:

Advertise