IPOH - Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan supaya meletakkan calon terbaik dari kalangan anak tempatan berbanding calon luar jika ingin terus kekal menerajui kerusi yang mereka menangi.
Timbalan Ketua Dewan Himpunan Pas (DHPP) Negeri, Harcharn Singh berkata, peluang untuk PR menang di beberapa kawasan Parlimen memang cerah jika pemilihan calon sesuai dan disukai rakyat.
Menurut beliau, ada wakil-wakil rakyat PR yang kurang disenangi rakyat disebabkan mereka kurang mendampingi rakyat, malah ada yang tidak kenal dengan wakil rakyat.
“Kita perlu terbuka dan jujur dalam perkara ini. Saya bukan hendak salahkan sesiapa, tetapi apa yang saya lihat PR memerlukan calon yang benar-benar disukai rakyat.
“Ada penduduk yang saya temui tidak kenal dengan wakil rakyat mereka kerana jarang sekali turun padang bertemu rakyat,” katanya.
Harcharn menegaskan, alasan tiada peruntukan dan tiada duit tidak boleh digunakan untuk mengelak daripada bertemu rakyat.
Katanya, kritikan yang dibuatkan bukanlah untuk mengeruhkan hubungan antara pemimpin PR tetapi sekadar memberikan nasihat untuk kebaikan PR.
“Kita sedia maklum masalah kemiskinan begitu membelenggu masyarakat. Memang kita wakil rakyat PR tidak mempunyai peruntukan tetapi kita mempunyai saluran tertentu untuk membantu," katanya.
Menurut beliau, calon dari kalangan anak tempatan perlu diberi keutamaan memandangkan mereka lebih memahami masalah penduduk setempat berbanding calon luar.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment