BERUAS: Buat julung kalinya Dewan Pemuda PAS Kawasan Beruas dengan kerjasama Kelab Motorsikal Alternative Riding Club (ARC) menganjurkan Konvoi Merdekla Hijau Ke Putrajaya pada 2 September 2012 lalu.
Konvoi ini bermula dari Kompleks Tarbiyah PAS Darul Ghuroba Kawasan Beruas dan berakhir di Kampung Tanjung Ara Pengkalan Baharu.
Konvoi yang disertai oleh lebih kurang 60 orang peserta dari kalangan Pemuda PAS Kawasan dan anak-anak muda bermotorsikal menempuhi seluruh Parlimen Beruas.
Selain daripada bermotorsikal, peserta konvoi yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemudanya telah mengadakan beberapa aktiviti lain seperti gotong -royong membersihkan rumah yang using, menziarahi orang yang kurang upaya dan memberikan sumbangan beras dan wang zakat.
Dalam ucapan Penolong Setiusaha PAS Kawasan Beruas, Ustaz Hisham Ali, mengharapkan agar program-program kepemudaan seperti ini lebih banyak dianjurkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Beruas bagi menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai dewan pemuda.
0 comments:
Post a Comment