Wednesday, September 12, 2012

Mic akur desakan Umno?

IPOH: PAS Perak sudah menjangkakan kehangatan akan berlaku tentang pembahagian kerusi antara parti komponen BN di Perak yang masih belum selesai.

Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin berkata, beberapa kerusi yang diidamkan Umno untuk diambil termasuklah Parlimen Sungai Siput dan terbaru kerusi Dun Behrang yang kedua-duanya ditandingi MIC sebelum ini.

Menurutnya, PAS ingin melihat adakah MIC mempunyai kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka atau akur dengan kehendak Umno yang ingin bertanding lebih banyak kerusi pada PRU13 ini.
“Adakah MIC terpaksa menyerahkan semua enam kerusinya sepertimana yang pernah disaran oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz?,” katanya.
Ujarnya, sehingga kini hanya kedudukan kerusi Parlimen Tapah dan terbaru Parlimen Sungai Siput yang agak selamat ditangan MIC.

Namun katanya, kedudukan empat lagi kerusi DUN termasuk DUN Behrang masih dalam pemerhatian Umno.
“Kita maklum empat kerusi Dun yang ditandingi MIC telah tewas pada PRU12 lalu iaitu Dun Behrang, Dun Pasir Panjang, Dun Sungkai dan Dun Hutan Melintang.

“Umno tidak yakin MIC boleh memenangi kerusi itu pada PRU12 jika mereka kekal bertanding kerana mereka sangat mahukan majoriti untuk membentuk kerajaan,” jelas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Nuri menjelaskan, Umno sangat idamkan kerusi Dun Pasir Panjang dan Dun Behrang yang majoritinya Melayu.

“Adakah MIC perlu tunduk kepada desakan Umno dengan memberikan kedua-dua kerusi tersebut yang sangat diidamkan Umno ini.

“Mungkinkah MIC hanya akan bertanding di atas dua kerusi Dun sahaja pada PRU 13 pada kali ini dan adakah Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Perak, Dato’ Palanivel mampu menunjukkan kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandinginya?,”soal Ahmad Nuri.

0 comments:

Advertise