Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merasakan kenyataan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir berkaitan kedudukan kerusi Parlimen Kawasan Sungai Siput sebagai satu permulaan episod yang menambahkan kekusutan pembahagian kerusi dan masalah calon yang masih belum dapat diselesaikan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Perak. Respon Datuk Seri Zambry itu juga tersebut jelas dilihat sebagai percubaan awal bagi melihat pandangan akar umbi jentera BN di sana sebenarnya.
Pelbagai persoalan yang timbul ekoran pengumuman Datuk Seri Zambry tersebut. Apakah justifikasi kerusi Parlimen Sungai Siput untuk tetap akan ditandingi oleh MIC sedangkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 yang lalu jelas tidak memihak kepada orang nombor satu MIC? Adakah juga ada usaha untuk meletakkan juga Datuk Seri G. Palanivel yang juga Presiden MIC di situ? Adakah Datuk Seri Palanivel seorang calon ‘winnable candidate’? Tiadakah calon muda daripada kalangan MIC yang mampu menggalas tugas tersebut? Dan tiadakah calon tempatan yang boleh diketengahkan sebagai calon MIC di sana? Persoalan ini antara semua yang kami dapat lihat sudah dibincangkan di kalangan pengundi di sana.
Jika diamati dengan teliti, isu kedudukan kerusi dan calon Parlimen Sungai Siput pada hakikatnya telah mengzahirkan kedudukan sebenar konflik dalaman BN Perak khasnya yang masih tidak mampu diselesaikan oleh Datuk Seri Zambry. Dari awal lagi pihak kami telah nyatakan bahawa Jawatankuasa Utama BN Perak yang terdiri daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah Pengerusi MCA Perak; Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas juga adalah Pengerusi PPP Perak dan terbaru Presiden MIC pula. Ini tidak termasuk Pengerusi GERAKAN Perak, Datuk Chang Ko Youn yang juga Timbalan Presiden GERAKAN yang juga Penasihat Khas Kaum Cina kepada Menteri Besar Perak tidak akan mampu disaingi oleh Datuk Seri Zambry sebagai wakil Umno di Perak.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment