IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berkenaan tersebarnya gambar di laman sosial yang tertera wajah Menteri Kewangan Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang sedang memfitnah Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Pemudanya, Zairul Azrun Zainal Abidin berkata, di dalam gambar tersebut, Ahli Parlimen Tambun itu sedang berucap di Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun sambil membuka layar skrin diatas pentas yang tertera gambar Tuan Guru Nik Aziz serta tuduhan-tuduhannya terhadap Menteri Besar Kelantan itu.
Persidangan tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu.
Menurutnya, antara tuduhan kesat yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Aziz ialah fanatik, kasar dan kesat, mewajibkan yang tidak wajib, prasangka buruk, dan mengkafirkan orang Islam.
“Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam,” katanya.
Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau.
“Kami berharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut dibawah Seksyen 28 (3).
Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment