Saturday, August 18, 2012

Perutusan Hari Raya Pesuruhjaya PAS Perak

Saya mewakili pimpinan PAS Negeri Perak mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidilfitri " kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah SWT mengurniakan hadiah besar kepada umat Islam.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah SWT.

Saya mengharapkan agar objektif umat diwajibkan berpuasa iaitu "supaya meningkatkan takwa" akan tercapai .

Apabila hati para mukmin yang diamanahkan sebagai raja dalam diri dapat ditarbiyah mengikut acuan Al Quran dan As Sunnah dalam Madrasah Ramadhan, yakinlah raja yang bersih ini akan dapat menundukkan seluruh rakyatnya iaitu akal, para anggota zahirnya dan emosinya ke arah matlamat yang sama iaitu bertakwa kepada Allah SWT.

Inilah kemenangan yang cemerlang bagi umat yang berpuasa dan layak untuk menyambut Hari Raya.

Hasil kemenangan inilah akan menambah keperkasaan umat untuk terus bersatu bagi menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kebajikan untuk seluruh manusia seperti yang dikehendaki oleh pencipta manusia.

Segala kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh golongan yang anti takwa akan musnah dan tertegaklah negara idaman mmanusia iaitu negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT.

Akhir kalam, salam kemaafan dari kami saf kepimpinan PAS Negeri Perak atas sebarang kekurangan dan kesilapan kami sepanjang menerajui kepimpinan PAS Negeri Perak.



Salam Eidilftiri, Maaf Zahir dan Batin.
Ustaz Abu Bakar Hussian

(Pesuruhjaya PAS Perak )


0 comments:

Advertise