Menurut Tokoh Masyarakat Selama, Dr Dhari Othman. untuk merealisasikan program ini, AJK Khairul Al-Shabab telah bertungkus lumus mencari dana diseluruh Negara khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Oleh itu beliau menyeru kepada anak-anak yatim terbabit supaya sentiasa mendoakan agar penderma-penderma tersebut dimurahkan rezeki.
Majlis tersebut turut diserikan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Pengerusi merangkap Mudir Madrasah As-Salam, Ust Shahir Hassan.
Beliau mengingatkan bahawa orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak yatim ini akan diberikan ganjaran istimewa oleh Allah,
“ini kerana orang yang menyayangi anak yatim adalah orang yang menyayangi Nabi kerana Nabi Muhammad s.a.w juga adalah anak yatim”. Ujar beliau lagi
1 comments:
Seburuk-buruk UMNO yang kamu kata kafir.. mereka masih membina Sekolah Agama Rakyat.
Orang yang kamu kata sesat, mereka masih membina Masjid dan surau-surau...
Yang kamu kata dia, sekular... Dia boleh bina Maahad Tahfiz Al-Quran.
Tanya pada diri kamu wahai pemimpin Pas ... Masjid mana yang kamu dah bina, Sekolah Agama Rakyat mana yang kamu bangunkan?
Malah bukan sahaja kamu tidak pernah bina Sekolah Agama Rakyat malah membantah bersama-sama kaum kafir bila orang yang kamu anggap kafir hendak membina Sekolah Agama Rakyat. Sedangkan yang belajar di sekolah itu adalah anak-anak kamu, yang sembahyang dimasjid yang dibina oleh mereka adalah kamu dan keluarga mu juga.
Jadi sekarang siapa sebenarnya perosak umat Islam? kamu bangga dengan pakaian jubah dan kopiah putih kononnya kamu lebih Islam dari Islam tetapi adakah kamu berani becakap soal hudud dihadapan pemimpin Agung kamu Karpal Singh?
PAShit
Post a Comment