Monday, December 23, 2013

PAS kuasai pengundi muda, Umno akan tumbang!

PAS perlu menguasai pengundi khususnya yang akan mengundi buat kali pertama pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti bermula daripada sekarang. Jentera khususnya Pemuda mesti berperanan dalam mengenalpasti target pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan PRU14.

PAS perlu terkehadapan untuk bersama segmen golongan muda bagi memastikan mereka mendaftar mengundi dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Pemuda PAS perlu memainkan peranan dalam mengajak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Kerja sebegini tidak boleh tunggu disaat tibanya pilihanraya umum sahaja tetapi ianya bergerak sepanjang masa ditambah lagi dalam suasana di negeri Perak hanya majoriti 3 kerusi sahaja.

Jentera tidak boleh menganggap gerak kerja seperti ini bersifat bermusim kerana pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa. Pengundi baru sangat penting bagi PAS oleh kerana mereka cenderung kepada perubahan dan mempunyai kesedaran yang tinggi.

Golongan ini kata beliau adalah sangat bermaklumat dan menguasai media baru yang sudah pasti tidak hanya terarah kepada media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan. BN tidak akan dapat kekal sebagai pemerintah jika PAS dan Pakatan Rakyat dapat menguasai golongan pengundi muda secara majoriti. Sekiranya kita dapat menguasai generasi Y ini!

USTAZ MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Pengarah Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

3 comments:

Advertise