Tuesday, November 26, 2013

Ustaz Idris selami masalah rakyat Pulau Pasir Hitam

IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad telah meluangkan masa menyelami masalah rakyat di Pulai Pasir Hitam, Trong pada 17 November lalu.

Perjalanan ke pulau tersebut yang memakan masa hampir 40 dengan menaiki bot nelayan daripadaa jeti Sungai Kerang yang turut disertai oleh isterinya serta Ahli Jawatankuasa PAS Bukit Gantang termasuklah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasan, Tai Sing.

Ustaz Idris bersama rombongan telah menyantuni masyarakat disana yang boleh dikatakan keseluruhannya dari kalangan bangsa tionghua.

Menurutnya, terdapat hanya sebilangan kecil orang melayu tinggal disana yang diantara mereka berkhidmat di jabatan kerajaan termasuklah polis dan jururawat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kebanyakan masyarakat disitu berkerja sebagai nelayan dan hidup berpendapatan rendah dan sederhana.

Masyarakat di pulau itu katanya menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan utama dan ianya menjadi pilihan kepada pemborong untuk mendapatkan stok.

Selepas selesai menyantuni rakyat, Ustaz Idris telah mengadakan dialog ringkas bagi mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di pulau tersebut.

"Pelbagai rintihan, keluhan serta harapan daripada masyarakat disini yang mengharapkan nasib mereka dibela.

"Saya akan memanjangkan segala aduan serta permasalahan ini kepada agensi-agensi kerajaan yang berwajib dan mengharapkan tindakan susulan akan diambil," jelas Idris Ahmad.

Selepas itu, pihak pusat khidmat telah mengadakan jamuan rakyat bagi meraikan penduduk disana.

3 comments:

Advertise