Thursday, November 7, 2013

Politik Akhlak Atau Berakhlak dalam Politik


Politik Akhlak Atau Berakhlak dalam Politik

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
4 November 2013

“Kita berpolitik tidak seperti UMNO, kita tekankan politik yang diterasi elemen akhlak”, demikian saranan Pesuruhjaya PAS negeri Perak YB Ustaz Abu Bakar krpada perwakilan dalam Muktamar Dewan pemuda PAS perak kali ke-30 kelmarin.

Nasihat ADUN Titi Serong ini juga kepada para perwakilan pemuda agar membezakan politik akhlak dengan berakhlak dalam politik.

“ UMNO mempolitikkan akhlak, sebab itu mereka tergamak memakai kopiah dan tudungg labuh yang amat tidak disukai semata-mata mengaburi pengundi DUN Sungai Limau sekarang ini. Kita (PAS) berakhlak dalam politik iaitu akhlak menjadi teras atau tunjang kepada polisi siasah kita”, tambah beliau.

Dengan memperingati konsep akhlak sahajalah menurut Ustaz Abu Bakar, para pemuda dapat mengesampingkan propaganda musuh (UMNO) yang cuba memecah belahkan perpaduan sesama pemuda seluruh negara.



Beliau juga berpesan kepada perwakilan agar memahami syarat kesempurnaan kemenangan. Menurut beliau Sheikh Mustafa As Sibaie pernah berpesan agar para pejuang terutama golongan muda mengenali musuh terlebih dahulu. Kemudian strategi dicari berdasarkan pengenalpastian musuh tersebut. Strategi pula tidak akan berjaya jika tiada pengorbanan (tadhiyah) yang mengeluarkan keringat dan segenap harta dan masa pemuda.

“Mengenali musuh memerlukan kefahaman atau al fahmu. Istilah ini menjadi istilah Ifham (memberi kefahaman) dan tafahum (saling memahami). Dengan mengambil berat 20 usul peninggaan Al Banna, pasti saudara sekalian dapat mengenalpasti siapa kawan siapa lawan da pastilah strategi pemuda akan lebih tepat dan mengurangkan kerugian dakwah”, tambah beliau sebagai penutup ucapan sebagai wakil badan Perhubungan Negeri kelmarin.

2 comments:

Advertise