Wednesday, November 27, 2013

Peruntukan Pusat Khidmat: PAS sambut baik, minta kaji jumlah

IPOH: PAS menyambut baik keputusan kerajaan memberi bantuan peruntukan kepada pusat khidmat masyarakat sebanyak RM3,000 kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuklah dari kalangan pembangkang.

Adun Selinsing, Husin Din berkata, walaupun nilainya tidak seperti yang diharapkan, namun ianya sedikit sebanyak membantu dalam membiayai kos pengurusan pusat khidmat.

Katanya, sebelum ini, Adun Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan wang sendiri berbekalkan elaun wakil rakyat sebanyak RM4,112.79 bagi menampung pengurusan pusat khidmat disamping merealisasikan kehendak masyarakat setempat yang sentiasa mengharapkan bantuan daripada Adun.

Namun kata beliau, kerajaan diminta mengkaji semula nilai jumlah yang diberikan oleh kerana ianya sangat tidak mencukupi untuk menanpung pengurusan pusat khidmat serta bantuan kepada masyarakat.

4 comments:

Advertise