Wednesday, November 27, 2013

Lenyapkan perkauman! realisasi Perak Aman Jaya

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin menggesa sifat-sifat serta unsur-unsur perkauman yang masih terpahat dikalangan masyarakat khususnya kepada pimpinan kerajaan mestilah dilenyapkan.

Ini kata beliau bagi memastikan saranan kerajaan untuk menjadikan Perak Aman Jaya, Rakyat Sejahtera dapat direalisasikan.

Beliau berucap dalam Sidang Dun Perak semalam.


"Sifat perkauman telah menghantui masyarakat pelbagai kaum dan sehingga hari ini masih ada lagi kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang keluar daripada pimpinan kerajaan.


"Perkara sedemikian akan menggagalkan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Perak Aman Jaya, Rakyat Sejahtera," jelas Adun Changkat Jering itu.

Advertise